• Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah..
• Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang
kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah,
kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari
penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.
• Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang musafir yang sedang
bernaung di bawah sebatang pohon yang sebentar kemudian pergi dan
meninggalkan pohon tersebut.
• Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.
• Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup
kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di
dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan
orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau
dikuburkan hidup kita mempunyai misi.
• Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka
kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka
mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung
hebatnya dugaan.
• Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui
tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah
untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma
hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan
sayang sesama manusia.
• Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup
kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak,
pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.